Abah's & Ibu's Little Precious ;)

baby

Thursday, May 15, 2008

Kursus P&P Asas Rekreasi : IPIK

Salam,

Fini telah menghadiri Kursus P&P Asas Rekreasi pd 13-15 Mei di PKG (Pusat Kegiatan Guru) Karak anjuran Institut Perguruan Ilmu Khas (IPIK). Seramai 36 org guru dari sekolah2 di Bentong menyertai kursus ini.

Hari pertama bermula dgn REKREASI yg dikendalikan oleh En. Abdul Mutallip. Sesi pagi itu dimulakan dengan nota2 berkenaan dgn rekreasi. Sesi ptg pula, amali mendirikan khemah. Oleh kerana kami tidak diberitahu untuk berpakaian sukan, memasing mendirikan khemah dgn pakaian formal. Ms ni, tak bw kamera, kalau tak...leh snap, memasing berbaju kurung mendirikan khemah...baju tradisional kita ni sesuai dlm apa jua keadaan kan? =) Fini bw spare bju sebenarnya, tp rmi yg x tukar sbb tatau, malas la...segan pula.

En. Mutallip ni menggunakan pendekatan analisis iaitu pembelajaran berpusatkan pelajar. Kami hanya diberi arahan utk mendirikan khemah. Dengan menggunakan PSA masing2, kami berjaya mendirikan khemah, walaupun ada yg mcm2 stail juga. Aspek pemilihan tempat - tanah yang rata, jauh dr pokok mati dll, menghadap angin, kerataan based sheet khemah...mcm2 la. Semua ni diterangkan selepas selesai tugasan ini. Adakalanya, cara begini lebih dpt diingati oleh pelajar berbanding hanya mendengar & melihat.


Pada hari kedua pula, dikendalikan oleh Pn. Hafizah & Pn. Nik utk ORIENTARING. Kami belajar mengemudi kompas utk bergerak dari satu titik kawalan ke titik kawalan yang lain. Kemudian, di sebelah petang pula, kami mengaplikasikan teori dan amali sesi pagi ke dalam permainan ala2 explorace. Penat sgt, tp sgt seronok. Dah lama x join permainan mcm ni. =)


Kumpulan Fini adalah KUMPULAN 2. Dari kiri : Cikgu Liang, Fini, Cikgu Riduan, Fini lupa nama ketua kami yg bju merah ni, yg sblh dia pun x igt, sowi, Mrs. Wong & Cikgu Thong, Cikgu Wan Asni pula yg tlg amikkan sume gmbr td, almaklum la Fini ni, sokmo gini...bw kamera tp segan nk amik..kt sek pun gitu juga. Skrg ni kt sek dh ok sket, diorang tau Fini suka nk amik...tp diorang tatau Fini ada blog. Syhh..

Pada hari ketiga pula, IKATAN, SIMPULAN & GAJET dikendalikan oleh Mr.Chia. Sesi sebelah pagi, kami belajar dan wat amali 4 jenis simpulan.
1. Buka sila (reef knot)
2. Bunga geti (sheet bend)
3. Tindih kasih (bowline)
4. Simpul manuk (clove hitch)
Untuk sesi slpas rehat pula, kami aplikasikan jenis simpulan dan ikatan utk menghasilkan gajet. Masa ni rujuk nota memasing dan cuba wat gajet. Fini ngan Cikgu Wan Anis ni, cuba nak wat gajet meja makan. Susah juga guna lidi sate yg kecik tu...sbb wat model gajet je.

Yang di bawah nin, antara model gajet yang telah disiap, cam best je nk wat yg mcm dh sedia ada ni. Tapi dok wat simple gajet pun td, terkial-kial Fini.

Ni la yg Fini dok ngikat ngan Cikgu Wan, wat tapak meja makan...guna simpul manuk.

Yang nin pula, gajet sorang cikgu Chinese lady. Cantikkan? Kemas je...guna chopstick, ok sket dr guna lidi sate yg kecik tu. Dah la kecik, guna pula benang kasar. Kreatif juga, cikgu2 Chinese ni, bw chopstick, leh guna tali.

Selesai sudah kursus pendek 3 hari kami di PKG Karak. Terima kasih utk semua. Walaupun Fini bukan opsyen PJ (mmg diminta mencalonkan guru yg bukan opsyen), ilmu yg ada ni boleh la diturunkan utk aktiviti ko-kurikulum Pengakap, tp Fini bukan guru pemimpin. Depends la, pd Cikgu Mizan, kalau nk wat satu slot utk pelajar SKEN bljr ikatan ni, insyaAllah boleh. Yg pasti leh aplikasikan utk perkhemahan tahun ni. Tahun ni giliran SKEN anjurkan perkhemahan peringkat sekolah sbb lazimnya bergilir-gilir aktiviti utk ko-kurikulum ni, SKM kan bajet kecik. =)

Terima kasih utk semua pensyarah yg dtg dr IPIK.

Institut Perguruan Ilmu Khas
Jalan Yaacob Latiff,
Bandar Tun Razak,
56000 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Balik je dr kursus td, Fini terus ke sekolah. Bukan apa, x nak la jd AJK sesaje kat dlm kertas, tp kerja x join sbb dh attend kursus. Tp td x jumpa Mizan pun, kata diorang Mizan 'istirehat', erm..Fini pun pas join yg lain wat acara kat bawah ni, balik la. Send sms ja kat Cikgu Mizan, rsnya dia akan wat spt yg tahun2 sudah. Backdrop dh ada, guna pakai semula je la. =) Kan, x elok bazir2 ni.




Nantikan entry esok, apa yg diorang dok wat ni. Practising apa ek? Tuunngggu !!!!!

p/s: ceh, cam la blog ni ada pembaca setia..siap tagline tunggu tu.....haha...layan je. Apa2 je la.

4 comments:

en_me said...

wah, rajin2 sungguh kakak2 ittewww..

Kasawari said...

wah best nya baca entri dan lihat gambar2 kursus ni.. teringat saya waktu belajar dulu kursus2 sebegni..seronok sgt.. best lah kan..

saya dah baca komen fini tentang hari guru tu.. aduhai.. byk2 bersabar ya guru2 semua.. biasalah kdg2 ibu bapa ini tidak dpt mengawal perasaan.. tak macam dulu2.. ibubapa tak berapa songeh sgt .. malah ada yg bagi rotan pada cikgu utk disuruh pukul anak2 mereka jika nakal..

harap bersabar ya fini.. lumrah hidup.. yang penting.. guru2 perlu ikhlas dalam mengajar anak2 murid.. Amal jariah tu kan..

arsaili said...

salam..lama tak ke mari..happy belated teacher's day...

ija said...

selamat sambung belajar cikgu fini..hihi